Showing posts with label butterworth. Show all posts
Showing posts with label butterworth. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

Selamat Bercuti!!

Salam hujung minggu dari kami di Anjung Puri...

Sepanjang cuti sekolah ni, banyak kenduri & percutian2 keluarga...Rancang la percutian atau perjalanan kita sebaik2 nya...

Pihak kami memohon kerjasama pengunjung2 blog Anjung Puri Homestay yang ingin menginap di sini supaya membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan utk kedua2 pihak..

Sekalipon di waktu puncak, pihak Anjung Puri TETAP menawarkan harga yang sama...

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi kami.

En. Hussin : 019-4266400
Pn. Hasnah : 017-4426090

Pihak kami amat mengalu2 kan kedatangan anda ke sini...

P/s : Jutaan terima kasih dialu2 kan terlebih dahulu sekiranya penginap Anjung Puri Homestay Sungai Dua Butterworth dapat meninggalkan sebarang komen / cadangan bagi tujuan peningkatan mutu perkhidmatan kami kepada anda semua di masa akan datang...

Terima Kasih.



Tuesday, 29 October 2013

Terma dan Syarat Penginapan di Anjung Puri Homestay :

Terma dan Syarat Penginapan di Anjung Puri Homestay

1. Anjung Puri Homestay adalah dikhaskan untuk tetamu yang beragama Islam (muhrim) sahaja.

2. Masa check-in (daftar masuk) adalah pada jam 2.00 petang dan masa check-out (daftar keluar) adalah pada jam 12.00 tengah hari.

3. Penghuni adalah dipohon untuk menjelaskan keseluruhan bayaran penginapan dalam Ringgit Malaysia (RM) secara tunai ketika mendaftar masuk.

4. Penghuni hendaklah sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, kipas dan air ditutup selepas digunakan serta semasa meninggalkan Anjung Puri Homestay.

5. Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan Anjung Puri Homestay sepanjang menginap di sini.

6. Dilarang melakukan sebarang perbuatan/ aktiviti berbentuk maksiat, tidak bermoral dan menganggu ketenteraman awam.

7. Penghuni adalah dilarang merokok di dalam Anjung Puri Homestay.

8. Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di Anjung Puri Homestay dalam keadaan baik dan tidak boleh diambil atau dibawa balik. Sebarang peralatan yang rosak atau hilang hendaklah diganti oleh penghuni.

9. Kenderaan penghuni hendaklah diletakkan di tempat parkir yang telah disediakan serta tidak menimbulkan gangguan kepada kawasan lalulintas dan jiran sekitarnya.

10.Sebarang perubahan tempahan perlu dimaklumkan segera dan pindaan tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan.

11.Sekiranya perlu, pihak pengurusan Anjung Puri Homestay juga berhak untuk membatalkan sebarang tempahan oleh penghuni.

12.Pihak kami berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

13.Keselamatan penghuni dan barangan adalah menjadi keutamaan kami. Oleh itu, penghuni adalah dinasihatkan supaya:

* Sentiasa mengawasi dan mengawal tingkah laku keluarga/ kawan yang menginap bersama di Anjung Puri Homestay

* Sentiasa mengawasi barangan berharga yang dibawa bersama dengan baik
* Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/ dikunci apabila bermalam di Anjung Puri Homestay dan ketika meninggalkan rumah.


Pihak pengurusan Anjung Puri Homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penghuni dan tetamu mereka. Keselamatan penghuni dan harta benda adalah dibawah tanggungjawab penghuni sendiri.


Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa.